![]() |
Gambar selepas baik dari sakit |
Gambar nie di ambil semasa pergi ICT Shah Alam, Selangor. Masa nie aku baru je baik dari sakit yang sangat teruk dan mengambil masa jugak la nak baik. Tahun 2010, betul2 banyak perkara yang membuatkan aku perlu bersabar dan redha dengan segala dugaan dari Allah. Awal tahun, aku kena gastrik yang teruk sehingga melarat kepada ulser usus... 3 kali jugak la buat colonskop. Bayangkan dari berat badan aku pada masa tu 61 kg turun kepada 57 kg... dan lebih membuat ku perlu redha ialah aku kena denggi... Kali ini berat badanku turun dengan mendadak... terus ke 42 kg... Pergh!!! bayangkan... badan dan muka cengkung habis... dah macam 'zombi' lak... Walau apa2 pun yang terjadi pada tahun 2010, aku mengganggapnya sebagai panduan untuk aku lebih baik pada masa depan. Harapan untuk tahun 2011, kesihatan aku bertambah baik dan murahkan rezeki aku serta BF aku...
No comments:
Post a Comment