Dalam hidup ini, kadangkala kita susah untuk memuaskan hati semua orang. Ada satu kata-kata yg aku dapat dari salah satu di internet...
“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
Mmg betul tanpa pengorbanan.. Kita tidak akan dpt memperjuangkan apa yang kita inginkan dengan penuh ketabahan dan keyakinan. Kerana yakin lah kita akan mendapat kejayaan dan dengan kejayaan kita akan menemui kebahagian. Semua ini kita perlu 'blen' menjadi satu utk meneruskan segala-galanya. Dengan itu aku perlu tabah menghadapi segala rintangan dan cabaran yang mendatang. Aku tahu aku bukanlah yang terbaik tetapi aku cuba untuk melakukan yang terbaik. Tetapi segala pengorbanan aku itu adakah dihargai dan di ucapkan dengan ucapan terima kasih. Dengan perkara yang berlaku itu, aku rasa aku perlu lebih berhati-hati dimasa hadapan. Cukuplah dengan kata-kata hinaan yang diberikan kepada aku. Sungguh pun aku marah atau membenci sesiapa dikalangan saudara mara ku... aku tidak akan menghina tetapi cukuplah dengan sekadar marah. Tetapi tidak mengapalah, sesungguhnya hanya Allah dan suamiku yang tahu apa yang berlaku. Apa yang penting aku kena redha dengan segala-galanya. Aku tidak pernah menyesal tetapi aku hanya sedih. Ya Allah, tabahkanlah hati aku nie.... ~Amin~